Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet.
Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.
7 comments:
Guru-guru yang kuarang mahir mengendali dan memanipulasi komputer , peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah.
Sekiranya kita menggunakan sepenuhnya peralatan tersebut ianya akan memberikan impak positif pada murid dan guru.
penggunaan ict dalam pembelajaran akan menjadi lebih berfaedah dan menarik sekiranya guru disediakan facilitis serta kemudahan sedia ada yang lengkap oleh pihak sekolah.
Kekurangan dan peralatan komputer yang ketinggalan zaman menyebabkan pengajaran berbantukan komputer menjadi sangat sukar.
Blog dah cantik.Tahniah.Tambah post lagi...mcm-mcm boleh isi.Selamat berjaya...
Betul tu. blog dah cantik... cuma tambah lebih banyak post agar lebih menarik... selamat berjaya.
saya setuju ngan pendapat cikgu a'zura, blog cantik tapi cikgu kena tambah info lagi
Post a Comment